Sejarah Class Tuition
{ Posted on 2:51 AM
by Muhammad
}
Class Tuition bermula dengan dua orang rakan baik iaitu Tutor Muhammad dan Tutor Mubin. Mereka berkecimpung dalam dunia pendidikan sejak belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada tahun 2004. Bermula secara separuh masa apabila dua orang rakan ini membahagikan masa di kuliah dan juga masa untuk mengajar pelajar-pelajar menggunakan kaedah "home tuition" atau bimbingan di rumah. Setelah mendapat permintaan yang tinggi, bilangan tutor bertambah yang juga terdiri daripada mahasiswa UIAM.
Pada tahun 2005, Tutor Muhammad dan Tutor Mubin mula memberikan perkhidmatan "home tuition" untuk sebuah keluarga miskin di Gombak. Perkhidmatan diberikan percuma kerana bersyukur dengan permintaan yang tinggi dikalangan ibu bapa yang berkemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan "home tuition". Pada masa yang sama, "home tuition" berbayar tetap dijalankan untuk beberapa rumah di sekitar Gombak.
Selepas mendapat ijazah pada tahun 2007, masing-masing telah membawa haluan sendiri. Tutor Muhammad kini berkhidmat di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia sebagai seorang pengurus, manakala Tutor Mubin pula telah menceburi bidang perniagaan. Namun disebabkan masih mempunyai minat yang mendalam untuk mengajar, mereka berdua terus mengajar secara sambilan di rumah kebajikan Asrama Darul Falah (ASDAF) yang menempatkan anak yatim dan miskin orang asli.
Kini untuk persediaan sesi sekolah 2010 yang semakin mencabar, gandingan Tutor Muhammad dan Tutor Mubin sekali lagi bersedia untuk mengajar "home tuition" di sekitar Kuala Lumpur. Tutor-tutor baru dan berkualiti juga akan ditambah untuk sesi 2010.